Tuesday 8 November 2011

Beauty Is Pain


Tanggal 5 November 2011 bermulalah diri ku digelar ugly iza…knp ugly iza??sbb iza da berbraces...ok nak share sikit semasa proses memakai braces ni, sebelum mulanya memakaian braces aku terpaksa relakan diri dengan kehilangan satu batang gigi yang masih elok,iaitu gigi bongsu.. Kesakitan tak payah cakap macam mana rasanya, hanya orang yang berbraces je tahu. Lepas cabut tu, bius masih terasa sampaikan air liur bercampur darah keluar kena kt pipi pon tak perasan. nasib ibu & kak ajie (my sis) tegur ckp ade darah kt pipi , da mcm dracula pulak kan. Waktu pasang braces tu  takdalah rasa sakit sangat. tapi rasa lenguh sikit sebab mulut akan dibuka seluas-luasnya mcm nak terkoyak. Masa yang diambil untuk memasang segala besi ini, lebih kurang 1 jam.memang sakit dan terasa ketat sebab pendakap mencengkam pada gigi. Org kata seminggu je sakit & dah lama2 rasa macam biasa je. Ok kite tgok mcm mane sakit dia.. Setelah selesai semua, aku mengalami sindrom TAK TAHU.

TAK TAHU nak senyum
TAK TAHU nak kunyah
TAK TAHU nak bercakap
TAK TAHU nak gosok gigi
TAK TAHU nak pakai lipstick

TAPI..setelah memakainya…ade la kesan2 negatif…mula dari saat ini kadar pengambilan makanan aku telah terbatas !!! itulah yg paling menyedihkan…mampukah aku bertahan selama 1 tahun?TIDAK!!!tetibe pulak nak makan NANDOS , PIZZAHUT , MCD , KFC , MEATBALL , SPAGHETTI ……..

2 comments: